300gm Tepung Gandum
200ml Air
1 buku gula melaka
Daun pandan
Kayu manis
Sedikit Biji Pelaga - Dicairkan bersama
Madu
Minyak Ghee Golden Treat - yang dicairkan
Cara Membuat: -
1.
Campurkan air gula melaka yang dicairkan tadi dan masukkan ke dalam pengisar bersama tepung gandum dan kisarkan sebentar jangan terlalu lama.
2.
Setelah semuanya sebati, panaskan kuali, tuangkan bahan yang telah digaul sebati ke dalam kuali, kacau sehingga kental dan kelihatan seperti dodol. Kemudian letakkan sedikit Minyak Ghee Golden Treat.
3.
Setelah kental alihkan ke dalam pinggan penghidang dan dibentukkan seperti kawah di tengah-tengah dan tuangkan madu dan minyak ghee yang dicairkan tadi .