4 keping dada ayam tanpa tulang
5 biji tomato dibuang biji dan dipotong kiub.
1 biji bawang besar dicincang
4 Ulas bawang putih dicincang
2 Sudu besar tomato pas
2 biji terung bulat dipotong setebal 1 inci
10 gm keju mozzarella dihiris nipis
100 gm keju parmesan diparut.
5 gm daun origano dicincang halus
5 gm daun thyme dicincang halus
5 gm daun selasih dihiris
50 ml minyak sawit Palmas
50 gm Golden Treat
garam secukup rasa
serbuk lada putih secukup rasa
Cara Membuat: -
1.
Lumurkan dada ayam tadi dengan garam dan sebuk lada putih dan digorengkan dengan minyak Palmas dan Golden Treat sehingga separuh masak dan ketepikan.
2.
Gorengkan kepingan terung selama 1 minit kemudian ketepikan. Tumis bawang besar ,bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato pas ,tomato kiub renihkan dengan api yang perlahan.
3.
Masukkan garam dan lada sula secukup rasa kemudian masukkan origano, thyme dan daun selasih kemudian ketepikan.
4.
Susun dada ayam diatas mangkuk pembakar lapiskan dengan kepingan terung tadi taburkan keju mozzarella separuh , tuang sos tomato yang dimasak tadi dan taburkan keju parmesan yang separuh.
5.
Tuang lebihan daun origan, thyme dan daun selasih kemudian taburkan lebihan keju mozzrella dan keju parmesan serta sos tomato tadi.