700gram Tepung gandum
11g ibu roti
2 biji telur
75g Marvelloso
75g shoterning Qualitaste
Air suam
Susu suam
Gula
Jem apricot
Serbuk kayu manis
Kismis
Cara Membuat: -
1.
Masukan tepung jagung,ibu roti,gula,susu suam, marjerin Marvelloso, shoterning, masukan telur dan air.
2.
Kemudian uli selama 15minit sehingga adunan tadi apabila ditekan ianya akan naik balik, kemudian letak adunan tadi didalam bekas besar dan tutupkanya selama 30minit.
3.
Selepas itu letakkan diatas dulang untuk proses mencanai.Gunakan pencanai supaya menjadi bentuk segiempat tepat.
4.
Sapukan marjerin Marvelloso diatas doh yang dicanai tadi, kemudian taburkan gula,taburkan serbuk kayu manis dan akhir sekali taburkan kismis, selepas itu gulungkan adunan tadi dan potong.
5.
Masukkan adunan tadi ke dalam 'oven' selama 30 minit pada suhu 200˚C.
6.
Selepas 30 minit keluarkan dan sapukan jem apricot ke atas roti tadi.