500gm Daging Cincang
4 biji Kentang
6 biji Bawang Merah yang dikisar
1 biji Bawang Besar yang dicincang
½ inci Halia yang dikisar
3 ulas Bawang Putih yang dikisar
100gm Rempah Kari
Daun Kari
Daun Sup & Daun Bawang
Garam secukup rasa
500ml Air
Minyak Palmas
Untuk Membuat Doh: -
2 cawan Tepung Gandum
2 sudu Marvelloso
2 biji Telur
Sedikit Air
Secubit Garam
Cara Membuat: -
INTI
1.
Panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih,bawang merah,serta halia dan tumiskannya .Setelah wangi masukkan daun kari serta rempah kari dan digaulkan .
2.
Setelah sebati masukkan daging cincang dan gaulkan sehingga sebati. Setelah itu masukkan kentang yang dipotong dadu dan sedikit air biarkan sehingga kentang itu empuk.
3.
Setelah hampir empuk masukkan garam , bawang besar ,daun sup dan daun bawang gaulkan dan kemudian sejukkan.
Doh
1.
Masukkan tepung dan majerin Maverlloso kemudian gaul sehingga sebati. Setelah itu masukkan sedikit garam, telur dan air gaul sehingga menjadi doh.
Menyediakan Karipap: -
1.
Canaikan doh sehingga lepir untuk dijadikan kulit dan bentukkan mengikut cita rasa anda kemudian masukkan inti ke dalam dan tutupkan kembali.
2.
Setelah siap goreng hingga kekuningan dan ianya siap untuk dihidangkan.