500g Nasi putih
10 biji Cili Merah/ cili padi - dikisar
sedikit belacan - dikisar bersama cili
5 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang putih - dihiris
10g udang kering
2 biji telur
Keropok Ikan
Bawang goreng
Garam kasar secukup rasa
Minyak masak PALMAS
Minyak Ghee GOLDEN TREAT
Cara Membuat: -
1.
Panaskan minyak Palmas kemudian masukkan bawang, cili merah yang dikisar bersama belacan tadi dan tumis sehingga garing.
2.
Setelah garing masukkan nasi dan gaulkan ia sehingga sebati.
3.
Setelah sebati masukkan sedikit minyak Ghee dan telur kemudian digaulkan sekali lagi sehingga ia rata.
4.
Setelah sebati siap untuk dihidangkan, taburkan bawang goreng, keropok ikan dan telur goreng.