Combination of Salmon & Cod Fish Served with Spicy Carrot Sauce - Nurazlina Redzuan
Bahan-bahan: -
1 keping ikan Salmon
1 keping ikan Cod
200 ml jus lobak merah
1 biji bawang besar - dicincang
1 batang serai - dicincang halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
3 batang cili merah - dihiris memanjang
70 gm Enoki mushroom
6 biji tomato cherry
1 sudu teh Lada hitam - dikisar kasar
minyak Serimas
50 gm marjerin Blossommm
Garam secukup rasa
Untuk hiasan: -
Daun bawang - dihiris
Bijan hitam
10gm watercress
Halia yang di goreng garing
Cara Membuat: -
1.
Gaulkan ikan cod dan salmon itu tadi bersama garam dan lada hitam kemudian goreng sehingga separuh masak.
2.
Masukkan bawang besar , serai , cili dan daun limau purut tumis dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan sedikit jus lobak merah dan kacau sehingga pekat , tuang sedikit demi sedikit jus lobak merah dan jangan terlalu banyak .
3.
Setelah mula pekat masukkan cendawan eniki dan tomato cherry jangan biarkan ia terlalu masak jika sos mula pekat masukkan garam lada hitam dan akhir sekali masukkan majerin Bloosommm bagi menambahkan ia pekat. Setalah itu padamkan api.
4.
Setelah sos masak tuangkan kedalam pinggan dan letakan ikan salmon yang di goreng tadi diatas sos itu. Hiaskan dengan daun watergrass,daun bawang , halia yang dihiris dan akhir sekali taburkan bijan hitam di keliling sos itu.