Jering (2 longgok pasar malam)
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Belacan
Cili kering yang dikisar
Garam and gula secukup rasa
Minyak Palmas untuk menggoreng dan menumis
Cara Membuat: -
1.
Jering dipotong panjang dan kemudian digoreng dengan minyak Palmas tetapi tidak terlalu garing (takut keras). Kemudian goreng sekali ikan bilis tetapi kali ini pastikan ianya garing dan rangup.
2.
Bawang merah dan belacan ditumbuk dan kemudian ditumis di dalam kuali dengan menggunakan minyak Palmas. Tumis sehingga naik baunya dan masukkan cili kering yang telah dikisar sehingga kering.
3.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kemudian masukkan jering dan ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam kuali.