Minyak Masak Serimas
5 ekor sotong - direndam dengan air limau dan garam
2 biji bawang besar - di potong bulat
Daun bawang - dihiris
5 biji cili merah - dihiris
5 biji bawang merah - dicincang
5 biji bawang putih - dicincang
1 inci halia - dihiris
3 sudu serbuk lada hitam
3 biji limau nipis - dibelah
2 sudu sos ikan
2 sudu sos tiram
Cara Membuat: -
1.
Panaskan minyak masak Serimas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumis hingga garing dan naik bau.
2.
Masukkan cili merah,sotong, selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, biarkan ia mendidih.
3.
Kemudian perahkan limau nipis, setelah itu masukkan lada hitam.
4.
Masukkan garam secukup rasa, akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang. Padamkan api dan siap untuk di hidang.