I ekor ikan terubuk masin
5 biji bawang merah - dihiris
5 biji cili kering - digunting halus
Minyak masak Serimas
Minyak Ghee Golden Treat
Cara Membuat: -
1.
Panaskan minyak serimas, masukkan ikan terubuk itu tadi dan gorengkan sehingga masak, setelah itu angkat dan letakkan ke tepi.
2.
Cairkan minyak Ghee Golden Treat , kemudian masukkan bawang yang dihiris dan cili kering goreng sehingga kekuningan.
3.
Setelah itu taburkan bawang dan cili kering yang digoreng itu tadi ke atas ikan masin itu taburkan lebihan minyak Golden Treat itu tadi ke atas ikan terubuk.