| |
| Bahan-bahannya (hidangan untuk 10 orang): - |
1kg daging lembu – dipotong dadu
½kg tomato – dikisar
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawang putih } dikisar halus
2 biji bawang besar }
2 inci halia }
1 biji bawang besar – dimayang nipis
10 ulas bawang merah – dibuat bawang goreng
Garam secukup rasa
1 ikat daun pudina
½ biji santan pekat
1 biji tomato untuk hiasan
Minyak masak sawit SeriMas untuk menumis |
|
| |
| Cara membuat: - |
| 1. |
Panaskan minyak masak sawit SeriMas & tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau. |
| 2. |
Masukkan daging, santan pekat, garam dan kacau hingga sebati. Masak selama 10 minit atau sehingga daging empuk dan kuahnya menjadi pekat. |
| 3. |
Masukkan bawang besar yang dimayang, daun pudina, dan dikacau rata. |
| 4. |
Taburkan bawang goreng dan gaulkan sebati sebelum diangkat. |
| 5. |
Hiaskan dengan daun pudina dan hirisan tomato |
|
|
|