| |
| Bahan-bahan: - |
200 gm mentega Blossommm
1/8 cawan minyak masak Palmas
100 gm tepung gandum
1 biji bawang besar -dikiub
50 gm celery – dipotong dadu
1 batang lobak merah – dipotong dadu
100 gm cendawan butang – dipotong 2
1 sudu kecil caraway seeds
5 ulas bawang putih – di pecah-pecahkan
3 sudu besar pes tomato
5 gm daun rosemary segar
2 helai daun salam
2 cawan air
1 sudu kecil serbuk paprika Hungary
Garam secukup rasa
500 gm daging lembu – dipotong dadu
½ cawan krim masam (sour cream)
2 cawan air |
|
| |
| Cara membuat: - |
| 1. |
Panaskan mentega & minyak masak. Gaulkan daging lembu dengan garam dan paprika. Gorengkan selama 1 minit hanya untuk mendapatkan warna keemasaan. Ketepikan. |
| 2. |
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lobak merah, celery, pes tomato dan tepung gandum. Kacau hinga tepung masak dan bertukar warna. |
| 3. |
Masukkan daging, daun salam, caraway seeds, daun rosemary, serbuk paprika, garam dan air. Tutup periuk dan renihkan selama 1 jam diatas api perlahan. |
| 4. |
Apabila masak, tutupkan api dan masukkan cendawan butang. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.. Gaulkan krim masam hingga rata semasa menghidang. |
|
|
|