350 gm tepung roti
½ sudu kecil gula kastor
8 gm yis kering
240 ml air suam
50 gm lelemak sayuran Qualitaste
Garam secukup rasa
Serbuk roti halus /serbuk jagung (corn meal)
3 sudu besar Marvelloso
Intinya: -
100 gm cendawan butang - dipotong 4
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji lada benggala hijau } dipotong sebesar jejari
1 biji lada benggala merah } dipotong sebesar jejari
200 gm zucchini } dipotong sebesar jejari
1 biji lada benggala kuning } dipotong sebesar jejari
10 biji tomato - dipotong kiub
3 sudu besar pes tomato
5 ulas bawang putih } dicincang halus
2 biji bawang besar } dicincang halus
5 biji tomato ) dipotong dadu kecil
3 sudu besar minyak masak Palmas
1 sudu besar stok ayam
2 helai daun salam
½ sudu kecil oregano
100 gm keju mozzarella } diparut
50 gm keju parmesan } diparut
Cara membuat: -
1.
Campurkan yis kering, gula kastor dan sedikit air suam untuk melarutkan yis. Biarkan selama 15 minit atau hingga ianya berbuih pekat.
2.
Gaulkan bahan-bahan selebihnya bersama campuran yis yang telah kembang tadi dan diuli sehingga adunan menjadi kenyal.
3.
Biarkan selama 45 minit atau sehingga saiz doh kembang dua kali ganda.
4.
Ketuk-ketukkan doh dengan genggaman tangan untuk mengeluarkan angin/gas.
5.
Bahagikan kepada 200gm sebiji dan dicanai bulat diatas serbuk roti atau serbuk jagung. Rehatkan selama 30 minit.
6.
Untuk sosnya, panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus, daun salam dan oregano hingga naik bau.
7.
Masukkan pes tomato, buah tomato, stok ayam dan sedikit air. Masak selama 15- 20 minit hingga pekat. Sejukkan.
8.
Lenserkan sos tomato pada kepingan pizza doh dan taburkan dengan sayur-sayuran pilihan anda. Taburkan kedua keju dilapisan paling atas dan bakar pada suhu 180°C selama 10 minit.