BAN GORENG & SUP CENDAWAN    
 
Bahan-bahan Membuat Ban Goreng: -
400 gm tepung protein tinggi
100 gm gula pasir
80 gm marjerin Blossommm
20 gm marjerin Marvelloso
180 ml air ais
2 sudu teh susu tepung
2 sudu teh yis/ragi
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh pelembut roti
 
Cara Membuat Ban Goreng: -
1. Campur semua bahan dan putar pada kelajuan minimum.
2. Masukkan telur yang dicampur dengan air ais dan putar lagi selama 10 minit.
3. Keluarkan dari mesin pemutar, banting dan uli. Biarkan selama 5 minit.
4. Bentuk bulat-bulat dan biar hingga naik.
5. Leperkan dan masukkan sedikit gula atau inti pilihan.
6. Kukus ban selama 10 minit atau goreng hingga kuning.
 
Bahan-bahan Untuk Sup Cendawan :-
2 sudu besar marjerin Marvelloso
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
2 kiub stok ayam
100 gm isi ayam dipotong dadu
10 biji cendawan butang dipotong dadu
1 liter susu segar
2 helai daun bay/ daun salam
8 cm daun seleri dipotong dadu
Garam secukup rasa
 
Cara Menyediakan Sup Cendawan:-
1. Panaskan periuk dan masukkan marjerin Marvelloso.
2. Masukkan tepung dan bila sudah hancur, masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan isi ayam.
4. Biar pekat, tambah air dan kacau.
5. Bila hampir mendidih, masukkan cendawan yang dipotong dadu.
6. Selepas itu, masukkan stok ayam dan bila pekat, tambah air atau susu segar.
7. Masukkan daun seleri dan daun bay/ daun salam.
8. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
9. Untuk mencantikkan, masukkan 1/2 sudu besar marjerin Marvelloso.
 
rISE & sHINE
Blossommm
marvelloso
QUALITASTE
GOLDEN TREAT
SERIMAS & PALMAS
RAHSIA RASA
AROMA SELEBRITI
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
> Nasi Pandan Serai
> Sotong Madu 3 Marvelloso
> Pie Yam Blossommm
> Acar Buah-Buahan Serimas
> Piza Udang
> Ikan Rangup Sos Limau
> Paf Krim Berinti Daging
> Karipap Putar Blossommm
> Kek Epal Pisang
> Ban Goreng & Sup Cendawan
> Biskut Lapis Kurma
> Ayam Blossommm Kacang Merah
> Begedil Serimas & Jus Nagasari
 
SERIMAS SELERA DUNIA
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils (Season2)
 
Copyrights © 2008 MM Vitaoils Sdn Bhd. All rights reserved.