BEGEDIL SERIMAS & JUS NAGASARI    
 
Bahan-bahan Begedil: -

Minyak Serimas untuk menggoreng
30 gm udang kering (direndam & tumbuk)
2 keping tauhu (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk ubi kentang (campur dengan air)
1 sudu besar tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1 biji kuning telur untuk dicampur dengan kentang
Daun saderi/ daun bawang
Sedikit lada sulah
Sedikit cili kering - digunting halus
Garam secukup rasa

 
Cara Membuat Begedil: -
1.
Tumbuk tauhu hingga lumat.
2.
Campurkan serbuk kentang dengan air dan kacau.
3.
Campurkan udang kering, kentang dan tauhu.
4.
Masukkan tepung gandum, telur, lada sulah, daun saderi dan cili kering.
5.
Panaskan minyak Serimas.
6.
Pukul telur sedikit.
7.
Bulat-bulatkan adunan begedil, celup ke dalam telur dan goreng hingga kekuning-kuningan.
 
Bahan-bahan Jus Nagasari :-
2 biji buah nagasari
¼ cawan gula
1 1/2 cawan air strawberi / soda
Aiskrim dan kiub ais
 
Cara Membuat Jus Nagasari:-
1.
Buah nagasari dipotong bahagian atas.
2.
Korek isi buah kecil-kecilan dan masukkan ke dalam bekas.
3.
Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
4.
Masukkan air strawberi dan letakkan kiub ais dan aiskrim.
5.
Hidang dalam buah nagasari yang dikosongkan atau gelas.
 
rISE & sHINE
Blossommm
marvelloso
QUALITASTE
GOLDEN TREAT
SERIMAS & PALMAS
RAHSIA RASA
AROMA SELEBRITI
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
> Nasi Pandan Serai
> Sotong Madu 3 Marvelloso
> Pie Yam Blossommm
> Acar Buah-Buahan Serimas
> Piza Udang
> Ikan Rangup Sos Limau
> Paf Krim Berinti Daging
> Karipap Putar Blossommm
> Kek Epal Pisang
> Ban Goreng & Sup Cendawan
> Biskut Lapis Kurma
> Ayam Blossommm Kacang Merah
> Begedil Serimas & Jus Nagasari
 
SERIMAS SELERA DUNIA
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils (Season2)
 
Copyrights © 2008 MM Vitaoils Sdn Bhd. All rights reserved.