BISKUT LAPIS KURMA    
 
Bahan-bahan Untuk Jem Kurma: -
400 gm kurma (rebus hingga lembut & lecek)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
 
Bahan-bahan Untuk Doh:-

Bahan-bahan A :

200 gm marjerin Marvelloso
50 gm Qualitaste Shortening
100 gm gula castor
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan B :

420 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk penaik
30 gm tepung jagung dicampur
50 gm badam serbuk
30 kelapa kering dimesin

Bahan-bahan C :

Pewarna hijau / pandan
Gula castor
Bijan

 
Cara-caranya: -
1. Rebus kurma dengan 2 cawan air hingga lembut & lecek.
2. Masukkan gula dan masak lagi. Bila pekat masukkan tepung jagung dan garam. Bila elok masak, angkat dan sejukkan.
3. Putar bahan-bahan A selama kira-kira 5 minit.
4. Campur semua bahan B dan masukkan ke dalam adunan dan kacau hingga sebati menjadi doh.
5. Bahagi doh kepada dua bahagian - warna hijau & biasa.
6. Sapukan loyang dengan marjerin Marvelloso,tekan doh hijau dalam loyang dan sapu jem kurma.
7. Baki doh warna biasa diparut atas inti kurma. Kemudian taburkan gula castor dan bijan.
8. Panaskan ketuhar dan bakar selama 30 minit.
 
rISE & sHINE
blossommm
marvelloso
QUALITASTE
GOLDEN TREAT
SERIMAS & PALMAS
RAHSIA RASA
AROMA SELEBRITI
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
> Nasi Pandan Serai
> Sotong Madu 3 Marvelloso
> Pie Yam Blossommm
> Acar Buah-Buahan Serimas
> Piza Udang
> Ikan Rangup Sos Limau
> Paf Krim Berinti Daging
> Karipap Putar Blossommm
> Kek Epal Pisang
> Ban Goreng & Sup Cendawan
> Biskut Lapis Kurma
> Ayam Blossommm Kacang Merah
> Begedil Serimas & Jus Nagasari
 
SERIMAS SELERA DUNIA
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils (Season2)
 
Copyrights © 2008 MM VITAOILS Sdn Bhd. All rights reserved.