| 1. |
Panaskan kuali dan masukkan marjerin Rise & Shine. |
| 2. |
Tumis bawang besar yang dipotong dadu. |
| 3. |
Campurkan air ke dalam rempah. |
| 4. |
Bila bawang kekuning-kuningan, masukkan rempah yang diampur dengan air. Biar hingga kering. |
| 5. |
Masukkan daging, sayur campur dan tambah 1/2 cawan air. Biar hingga kering. |
| 6. |
Bubuh sedikit garam, cili merah dan 1 sudu besar tepung gandum (untuk pekatkan inti dan tidak berderai). |
| 7. |
Pastri paf krim yang telah disejukkan dimasukkan ke dalam mesin pemutar. |
| 8. |
Gunakan pemutar khas dan masukkan 4 biji telur satu per satu dan putarkan lebih laju hingga pastri jadi licin dan berkilat. |
| 9. |
Masukkan adunan ke dalam kelongsong. |
| 10. |
Pegang kemas-kemas dan picitkan adunan ke dalam acuan. Lompangkan ia bagi membolehkan kita meletakkan inti dan tutup dengan adunan yang sama. |
| 11. |
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit. |