PIE YAM Blossommm    
 
Bahan-bahan untuk Inti: -
2 sudu besar marjerin Blossommm
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 mangkuk daging ayam
Sebatang lobak
Sebatang daun seleri
1 biji lada benggala
1 biji epal hijau - dipotong dadu
Lada sulah dan garam secuku rasa
 
Cara Membuat Inti: -
1. Panaskan marjerin Blossommm dan masukkan tepung gandum.
2. Masukkan daging ayam dan biar agak garing.
3. Kemudian masukkan air dan semua bahan
yang dipotong dadu. Masak seketika.
4. Bubuh lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Biar seketika. Angkat dan sejukkan.
 
Bahan-bahan untuk Pastri Pai :-
210 gram marjerin Marvelloso
1 sudu besar gula kastor
350 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
Cara Membuat Pastri Pai :-
1. Putarkan marjerin Marvelloso dengan gula kastor selama kira-kira 5 minit.
2. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan tepung jagung dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan sedikit air ais dan gaul sedikit lagi.
4. Bulatkan adunan dan rehatkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
5. Keluarkan, canai, terap dan masukkan ke dalam acuan.
6. Isikan inti. Hias bahagian atas mengikut citarasa sendiri.
7. Sapukan bahagian atas dengan campuran telur dengan susu cair.
8. Bakar selama 20 minit pada suhu 175 darjah celcius.
 
rISE & sHINE
Blossommm
marvelloso
QUALITASTE
GOLDEN TREAT
SERIMAS & PALMAS
RAHSIA RASA
AROMA SELEBRITI
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
> Nasi Pandan Serai
> Sotong Madu 3 Marvelloso
> Pie Yam Blossommm
> Acar Buah-Buahan Serimas
> Piza Udang
> Ikan Rangup Sos Limau
> Paf Krim Berinti Daging
> Karipap Putar Blossommm
> Kek Epal Pisang
> Ban Goreng & Sup Cendawan
> Biskut Lapis Kurma
> Ayam Blossommm Kacang Merah
> Begedil Serimas & Jus Nagasari
 
SERIMAS SELERA DUNIA
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils (Season2)
 
Copyrights © 2008 MM Vitaoils Sdn Bhd. All rights reserved.