PIZA UDANG    
 
Bahan-bahan untuk Membuat Doh Piza: -
40 gm Qualitaste Shortening
40 gm Marjerin Rise & Shine
400 gm tepung protein tinggi
80 gm gula pasir
1 sudu teh garam
2 sudu teh yis
2 sudu teh susu tepung
2 sudu besar minyak Serimas
Sebiji telur
Sedikit air ais
 
Cara Menyediakan Doh: -
1. Campurkan tepung, gula, yis, telur, Qualitaste Shortening dan susu tepung. Kemudian putar selama 3 minit sebelum campurkan dengan air ais dan putar lagi.
2. Masukkan minyak Serimas dan putar lagi selama 10 minit.
3. Uli tepung sehingga lembut dan bulat-bulatkan seberat 100 gm setiap ketul.
4. Ketepikan selama 10 minit.
5. Leperkan doh dan masukkan ke dalam dulang yang telah disapu dengan marjerin Blossommm.
 
Bahan-bahan untuk Inti Piza :-
3 sudu besar marjerin Blossommm
100 gm isi udang
200 gm campuran sayur
100 gm keju parut
2 biji tomato merah
1/2 biji lada benggala
Sedikit Oregano
Mayonis
Cendawan butang
Tomato sos
 
Cara Menyediakan Doh: -
1. Sapu marjerin Blossommm pada doh piza dan cucukkan doh dengan garpu.
2. Sapukan sos tomato di atas doh.
3. Letakkan sayur-sayuran yang dicampur dengan mayonis dan ratakan.
4. Letakkan udang, tomato yang dipotong, cendawan butang, lada benggala dan keju yang sudah diparut.
5. Akhir sekali letakkan sedikit oregano dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu
180 darjah celcius. Bakar selama kira-kira 15 minit.
 
rISE & sHINE
blossommm
marvelloso
QUALITASTE
GOLDEN TREAT
SERIMAS & PALMAS
RAHSIA RASA
AROMA SELEBRITI
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils
> Nasi Pandan Serai
> Sotong Madu 3 Marvelloso
> Pie Yam Blossommm
> Acar Buah-Buahan Serimas
> Piza Udang
> Ikan Rangup Sos Limau
> Paf Krim Berinti Daging
> Karipap Putar Blossommm
> Kek Epal Pisang
> Ban Goreng & Sup Cendawan
> Biskut Lapis Kurma
> Ayam Blossommm Kacang Merah
> Begedil Serimas & Jus Nagasari
 
SERIMAS SELERA DUNIA
SELERA RAMADAN bersama
MM Vitaoils (Season2)
 
Copyrights © 2008 MM VITAOILS Sdn Bhd. All rights reserved.